
Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada
70 orang wali.
Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada
70 lelaki soleh.
Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk
daripada 1,000 lelaki yang jahat.
2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih
baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak
hamil.
Wanita yang memberi minum susu kepada
anaknya daripada badannya (susu badan) akan
dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang
diberikannya.
Wanita yang melayani dengan baik suami yang
pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan
mendapat pahala jihad
Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur
yang tidak selesai kerana menjaga anaknya yang
sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan
20 orang hamba.
Wanita yang melihat suaminya dengan kasih
sayang dan suami yang melihat isterinya dengan
kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh
rahmat.
Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan
berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga
adab rumahtangganya akan masuk syurga 500
tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi
ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu
akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu
suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat
daripada yakut.
Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari
kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan
oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia
hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun
pahala ibadat.
Wanita yang memerah susu binatang
dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu
dengan doa keberkatan.
Wanita yang menguli tepung gandum dengan
bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan
mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada
suami, Allah akan mengizinkannya untuk
memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia
suka.
Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa
pada siang hari.
Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat
pada malam hari.
Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70
tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada
satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas
bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan
mendapat pahala 12 tahun solat.
Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup
tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di
langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib
baginya.
Jika wanita memberi susu badannya kepada
anaknya yang menangis, Allah akan memberi
pahala satu tahun solat dan puasa.
Jika wanita memijit suami tanpa disuruh akan
mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita
memijit suami bila disuruh akan mendapat pahala
tola perak.
Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan
suaminya akan memasuki syurga.
Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah
akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
Hadis nabi mengenai wanita:
Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki
kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada
lelaki.Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal
tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang
daripada bapa dan doa orang yang penyayang
tidak akan sia-sia".
Wallahua�lam..
Ya Allah, adakah aku ini hamba-MU yang layak
untuk merindui syurga Mu. Tak berdaya rasanya
menuju ke sana lantaran godaan syaitan & hawa
nafsu..